FOKUS
posting di fokus pada akaun instagram hobi :
EMOSI CLOSE UP
prof meminta untuk berswafoto tetapi mengambil gambar dengan memberikan emosi yang menerangkan anda bahagia atau sebagainya. setiap gambar memainkan peranan masing-masing.
infografik instagram
prof meminta kami untuk menyediakan infografik yang menerangkan cara penyediaan instagram kepada para pengguna baharu. infografik tidak terlalu penuh dan tidak terlalu ringkas harus disediakan oleh semua pelajar kerana tugasan ini tugasan individu.
resensi buku multimedia dalam bahasa
tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan dan menyediakan slaid mengikut kumpulan masing-masing. kami juga perlu menyediakan slaid ringkas untuk menerangkan apa yang terkandung dalam buku yang kami kaji tersebut. kami juga diberikan had masa iaitu 30 minit untuk satu kumpulan itu melakukan pembentang tersebut. kumpulan kami memberikan kerjasama yang baik dalam menyediakan pembentangan ini.
PODCAST
Pembentangan podcast memerlukan kami untuk memilih satu tajuk yang ada dalam platform youtube dan perlu meneliti podcast tersebut. kami juga perlu menyediakan slaid pembentangan dan perlu membentangkan podcast yang kami pilih tersebut dalam masa 5 minit yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan kami.
saya memilih tajuk podcast saya ialah " mana nak cari cinta" yang dikupas oleh seismik tv pada tahun 2021. tajuk ini saya pilih berdasarkan lumrah kehidupan manusia dan kita semua perlu tahu apa yang berlaku untuk manusia memilih pasangan hidup mereka.
ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO TRAGEDI
Video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Misalnya, seperti emosi sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video ini seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberi kesan dalam kehidupan seseorang.
Pautan : https://youtu.be/dThR760hce4
ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO FOKUS
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.
Pautan :
https://youtu.be/uNDjwEgQugY
ASAS VIDEOGRAFI ; MUSIK VIDEO DUA INSAN
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.
Pautan :
https://youtu.be/LVMwQy8rx2o
KETIKA DAN TAKLIMAT
pada pendapat saya, pada pertama kali saya mengikuti kelas bersama prof saya amat seronok kerana ketika sesi suai kenal dan memperkenalkan apa yang akan belajar saya teruja dan tidak sabar untuk mempelajarinya. pada minggu tujuh pertama, kelas tidak terlalu berat dengan tugasan dan kelas juga amat santai dan mudah untuk difahami dan diikuti. namun selepas minggu kelapan, tugasan semakin minggu semakin banyak dan kami cuba cabar diri untuk melakukan tugasan tersebut tanpa minta tundakan tarikh dan siap seperti yang prof minta. namun untuk siapkan tugasan berkumpulan bukanya mudah dan perlukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk menjayakan sesebuah video kerana tidak semua rakan seperjuangan saya berada di kampus dan ada juga dari kami balik ke kampus untuk menyiapkan tugasan berkumpulan ini. hal ini memberi pengalaman kepada mereka yang belum pernah pulang ke kampus dan merasai hidup sebagai mahasiswa di kampus. mereka mengatakan hidup di kampus amat menyoronokkan kerana mempunyai teman sekelas yang memahami dan mudah untuk mengulangkaji pelajaran tersebut. namun mereka hanya balik kampus hanya sekejap kerana mempunyai komitmen lain. setiap video yang kami buat bersama adalah kejayaan tersebar kami kerana tidak mudah untuk bersatu hati walaupun kadang kala mempunyai ribut badai untuk menyiapkan tugasan ini kerana banyak kerenah masing-masing. apa pun yang terjadi kami berjaya mengharungi kelas prof bersama dan berjaya menamatkan hingga minggu 14 bersama-sama. terima kasih prof kerana ketegasan anda kami bersedia untuk menghadapi dunia yang lebih penuh dugaan dan pancaroba ini. tak akan kami lupakan jasa baik dan ilmu-ilmu yang kami pelajari bersama dan moga kami dapat aplikasi dalam kehidupan harian kami . terima kasih prof dan saya fatin amirah dari kumpulan va production ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kerana melakukan perkara yang tidak sepatutnya saya lakukan sepanjang sesi pembelajaran bersama prof, minta prof halalkan ilmu yang kami pelajari dan semoga peperiksaan akhir kami semoga kami mendapat keputusan yabg baik, amin
Terima kasih Prof.